merajuk (*__*)



assalamualaikum ! 
baik kau orang jawab kalau ta jawab dosa , eh aku ta me lawak tau! 
hahahahha
saje je aku buat intro mcm na poyo2 sikit sbb arini aku terasa poyo sikit , ok ta kelaka ! (^^,)
aku tau kau orang mesti stress + pening if gf , bf , tunang atau hubby kau orang merajuk kn?
ehem2 aku na buat pengakuan yg aku ni la si kuat merajuk tu,teror ta?!
btw ni aku amek dari incik google , 100% aku copy , jujur kn? 

1. cemburu
yeah , ini faktor utama kenapa dia merajuk. dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil korang daripada dirinya . sebagai contoh : kawan dia nak usha korang untuk dijadikan gelpren .

2. tak dapat apa yang dia inginkan
dia inginkan sesuatu daripada korang , tetapi korang tidak memenuhi permintaannya . sebagai contoh yang terbaik , dia teringin makan tosei , tetapi korang nak makan nasi ayam . jadi , dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan tosei ! fuh parah !

3. ada orang lain lebih hebat daripada dia
kadang-kadang dia merajuk untuk dapatkan perhatian korang ! dan adakalanya , dia merajuk sebab marah dan tidak selesa . untuk mengatasinya , dia perlukan korang disisinya ! akan tetapi dia guna cara agak licik iaitu dengan MERAJUK !

jadi , bagaimana nak pujuk pula kaum lelaki yang gedik ini ? ini cuma tips dan panduan daripada dokter cinta HN ♥

1. terangkan perkara sebenar
sebenarnya lebih mudah berkata benar daripada berdusta . ceritakan kepada dia apa yang berlaku pada korang dan tanya padadia kenapa dia merajuk . berterus teranglah dalam perhubungan korang . janganlah berselindung . percayalah , akan lebih banyak kebaikan daripada keburukan bila berterus terang ini . ini juga bermaksud korang menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. bertolak ansur dan bijak membuat keputusan
memang susah untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah . dalam situasi sebegini , korang haruslah bijak dalam menentukan keputusan. andai dia merajuk dan korang tidak berjaya memujuknya , gunakan cara korang yang tersendiri dalam memujuk hatinya . dengan ini , korang kelihatan bijak dan bergaya dalam membuat keputusan.

3. panggil nama gelaran yang manja dan tip top
manis tidak semestinya manis bukan ? ketika dia tengah merajuk , cuba korang bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan dia :- bucuk , bacin , masam dan sebagainya . pada masa yang sama , selit-selitkan ayat-ayat power korang dalam perbualan tetapi masih mengekalkan gelaran yang manja dan tip top itu !

4. nyanyikan lagu buatnya
ini ialah tips dan panduan paling terakhir yang paling ultimate . kalau ditanya , berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya ? pernah tak korang nyanyikan lagu untuk kekasih korang ? mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak . korang try la ! nyanyi dan berduetlah dalam telefon , mesti dia akan tersenyum dan ketawa walaupun suara korang macam petir -_- hee dengar suara buah hati pasti menghiburkan dirinya .


No comments:

Post a Comment

dear yaya ,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...